Thursday, May 23, 2013

Matrikulasi ?

Assalamualaikum ,

Lama rasanya tak update blog , menjenguk apetahlagi . 
Ok , seperti sedia maklum , aku dapat tawaran pergi matrik .
*Ayat skema pulak -.-

Ekceli aku dapat Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang , dekat kawasan jengka . Means , aku akan belajar pasal teknikal , dan bukan sains mahupun account . Tarikh pendaftaran pon dah makin dekat , pada 27 Mei ni . Macam2 rasa yang aku tengah rasa sekarang ni . Rasa cuak ada , rasa eksaited ada , rasa tekanan pon ada . Tekanan sebab pening menyiapkan surat tawaran nye ni .

Sebenarnya aku sendiri pun tak sangka yang aku boleh dapat tawaran pegi matrik ni . Iye lah , dengan result spm aku yang boleh kena gelak dgn orang tu pun , aku boleh layak masuk lagi . Lagipun ramai lagi kawan2 sekolah aku yang dapat result lagi bagus daripada aku .Tapi maybe sebab subjek yang aku score tu agak strong, tu yang aku diterima masuk tu.(agaknye lah). Tapi tu lah , rezeki tuhan nak bagi sapa yang tahu kan ?

Subjek apa yang aku score tu ? Ok , English dengan Maths je. Itu pon A- dengan A je. Subjek yang lain ? Haha , memang hancuss , ada B , C and D . Ulangi , D ! Ape yang D ? Kimia atau bahasa jawanya, chemistry. Memang aku blurr langsung dengan subjek tu. Dan aku harap aku tak jumpa dah dengan subjek tu. Tapi malangnya, ada jugak subjek yang aku akan belajar nanti ada unsur2 dengan kimia, that is chemical engineering . Pufftttt -.-'
*Ape jadah aku cerita pasal result spm pulak ni -.-'

However, nak taknak kena teruskan jugak. 

Ekceli, aku agak risau untuk masuk ke matrik ni. Sebab apa? Sebabnya aku ni bukanlah seorang yang rajin mahupun sangat rajin. Kenapa aku cakap macam tu? Sebabnye, berdasarkan dari apa yang aku baca dekat blog2 senior2 student matrik ni, kalau masuk matrik kauorang kena push betul2 diri tu means that kena rajin usaha untuk dapatkan pointer yang bagus. Bayangkanlah, kalau waktu sekolah dulu, muka aku ni lah antara calon yang selalu tak siap homework. Ni bila masuk matrik, mana kerja lecturer bagi lagi, assigment lagi, kokurikulum, ulangkaji, yang lain2 tu lagi . Uwarghhh !

Tapi aku dah tetapkan tekad dalam diri yang aku ubah cara hidup aku supaya lebih berdisiplin dalam menuntut ilmu. Tapi, yang paling aku risau, tekad aku tu selalunya sekejap aje , lepastu kembali ke alam 'malas' aku tu. Aku harap sangat yang tekad aku ni takkan berubah sampai aku kerja nanti. Target aku bila masuk matrik ni, aku nak capai pointer 3.5 keatas tiap kali exam. Harap aku boleh capai target aku. Inshaa Allah ;)

Sekian.

Monday, February 4, 2013

Tawar Hati

Assalamualaikum ,

Harini seriously aku rasa sangat bengang .
Ok ceritanya macam ni , haritu aku mintak tolong Fariz untuk ikut aku beli barang untuk moto aku sebab aku tak reti sangat untuk beli barang bahagian enjin . Sepatutnya hari rabu minggu lepas dia ikut aku sebab hari tu dia cuti , tapi dia busy hari tu . K takpe , esoknya hari khamis baru pegi beli . Tapi ada pulak barang yang takde stok, tauke tu cakap tunggu hari isnin (hari ni) baru stok tu sampai , so aku dengan penuh kesabaran sampai hari ni . Fariz bawak aku pergi kedai tu pun sebab dia dah biasa dengan kedai tu , so boleh dapat harga murah sikit . Aku tak suka sangat pergi kedai tu sebab aku rasa tauke dia macam gampang macam tak berapa mesra dan tak berapa nak layan aku even aku dah pergi kedai dia banyak kali . (Masa aku aku datang tadi pun dia still tak cam muka aku masa aku tanya pasal barang yang aku order tu)

Petang tadi sebelum aku balik kerja , aku call Fariz nak ajak pegi lagi kedai tu untuk beli barang yang tak cukup lagi tu dengan ada satu barang yang tak complete isinya . Tapi malangnya Fariz cakap  dia dah nak pegi kerja , aku tak habis cakap lagi tiba2 dah tak dengar suara dia (sebab fon dia rosak) . Ok takpe , aku boleh maafkan lagi . So , habis je kerja akau pergi la kedai tu dengan harapan barang aku dah sampai dan dah ready untuk hantar moto aku pergi bengkel untuk pasang semua barang2 tu . Tapi malangnya barang tu tak sampai lagi . Masa tu Perghhh! sakit gila hati aku . Sebab apa ? sebab aku dah pernah kena dah dulu , order barang , bila datang waktu yang dia janjikan tu , tapi barang tak sampai lagi .

Yang buat aku sakit hati ni pun sebab masa hari beli barang tu Fariz ada tanya nak tunggu ke or beli kat tempat lain je . Aku cakap beli tempat lain je sebab aku nak buat cepat moto aku tu . Tapi dia cakap tunggu je sebab nanti maybe dapat harga lagi murah la , nanti tak burukkan nama dia la and so on . Ok , aku ikutkan aje . Yang lagi sakit hati bila aku datang kedai tu aku kena tunggu lama nak jumpa tauke dia sebab masa tu tauke dia tengah buat apa ntah . Daripada hari mendung sikit sampai hari hujan lebat baru aku dapat jumpa tauke dia , masa tu dah dua customers datang kedai dia dan dah pun balik lepas beli barang . Masa tauke dia keluar tu ada sorang customer datang beli barang , mula2 tauke tu tanya aku dulu , ingatkan nak layan aku tapi lepastu dia pergi layan customer lain tu pulak sampai orang tu balik . Aku tunggu je dengan penuh kesabaran dah keimanan yang sedikit kuat . Lepastu dia layan aku nak taknak je sambil dia buat gaya busy dia macam selalu . Lepas hal aku ni macam tak berapa nak setel lagi , dia terus blah pergi kemana aku pun tak tahu . Dah la aku cakap pasal barang yang tak complete tu pun dia macam nak marah aku balik .

Tauke tu cakap esok (selasa) CONFIRM barang aku sampai . Ok , takpe aku tunggu . Tapi kalau esok takde jugak semua barang yang aku nak tu , aku decide nak tolak balik semua barang yang aku dah beli tu , tolak balik murah pun murah lah janji dia nak . Dah malas aku nak layan orang macam tu . Baik aku beli sendiri je kat tempat yang aku dah biasa . Tak kesah lah mahal sikit je pun , janji layanan terbaik , kedai dapat untung , aku puas hati , unta aku happy . Kalau tak pun , aku bakar je kedai dia . Mueheheh :D

Sekian .

p/s : dah lama tak update blog , harini baru rasa nak update sebab dah tak boleh tahan sakit hati ni .
p/s : jangan cakap benda ni kat Fariz