Harini seriously aku rasa sangat bengang .
Ok ceritanya macam ni , haritu aku mintak tolong Fariz untuk ikut aku beli barang untuk moto aku sebab aku tak reti sangat untuk beli barang bahagian enjin . Sepatutnya hari rabu minggu lepas dia ikut aku sebab hari tu dia cuti , tapi dia busy hari tu . K takpe , esoknya hari khamis baru pegi beli . Tapi ada pulak barang yang takde stok, tauke tu cakap tunggu hari isnin (hari ni) baru stok tu sampai , so aku dengan penuh kesabaran sampai hari ni . Fariz bawak aku pergi kedai tu pun sebab dia dah biasa dengan kedai tu , so boleh dapat harga murah sikit . Aku tak suka sangat pergi kedai tu sebab aku rasa tauke dia
Petang tadi sebelum aku balik kerja , aku call Fariz nak ajak pegi lagi kedai tu untuk beli barang yang tak cukup lagi tu dengan ada satu barang yang tak complete isinya . Tapi malangnya Fariz cakap dia dah nak pegi kerja , aku tak habis cakap lagi tiba2 dah tak dengar suara dia (sebab fon dia rosak) . Ok takpe , aku boleh maafkan lagi . So , habis je kerja akau pergi la kedai tu dengan harapan barang aku dah sampai dan dah ready untuk hantar moto aku pergi bengkel untuk pasang semua barang2 tu . Tapi malangnya barang tu tak sampai lagi . Masa tu Perghhh! sakit gila hati aku . Sebab apa ? sebab aku dah pernah kena dah dulu , order barang , bila datang waktu yang dia janjikan tu , tapi barang tak sampai lagi .
Yang buat aku sakit hati ni pun sebab masa hari beli barang tu Fariz ada tanya nak tunggu ke or beli kat tempat lain je . Aku cakap beli tempat lain je sebab aku nak buat cepat moto aku tu . Tapi dia cakap tunggu je sebab nanti maybe dapat harga lagi murah la , nanti tak burukkan nama dia la and so on . Ok , aku ikutkan aje . Yang lagi sakit hati bila aku datang kedai tu aku kena tunggu lama nak jumpa tauke dia sebab masa tu tauke dia tengah buat apa ntah . Daripada hari mendung sikit sampai hari hujan lebat baru aku dapat jumpa tauke dia , masa tu dah dua customers datang kedai dia dan dah pun balik lepas beli barang . Masa tauke dia keluar tu ada sorang customer datang beli barang , mula2 tauke tu tanya aku dulu , ingatkan nak layan aku tapi lepastu dia pergi layan customer lain tu pulak sampai orang tu balik . Aku tunggu je dengan penuh kesabaran dah keimanan yang sedikit kuat . Lepastu dia layan aku nak taknak je sambil dia buat gaya busy dia macam selalu . Lepas hal aku ni macam tak berapa nak setel lagi , dia terus blah pergi kemana aku pun tak tahu . Dah la aku cakap pasal barang yang tak complete tu pun dia macam nak marah aku balik .
Tauke tu cakap esok (selasa) CONFIRM barang aku sampai . Ok , takpe aku tunggu . Tapi kalau esok takde jugak semua barang yang aku nak tu , aku decide nak tolak balik semua barang yang aku dah beli tu , tolak balik murah pun murah lah janji dia nak . Dah malas aku nak layan orang macam tu . Baik aku beli sendiri je kat tempat yang aku dah biasa . Tak kesah lah mahal sikit je pun , janji layanan terbaik , kedai dapat untung , aku puas hati , unta aku happy . Kalau tak pun , aku bakar je kedai dia . Mueheheh :D
Sekian .
p/s : dah lama tak update blog , harini baru rasa nak update sebab dah tak boleh tahan sakit hati ni .
p/s : jangan cakap benda ni kat Fariz
No comments:
Post a Comment